sjkckb22.zoom-a.com
SJK(C) KAHANG
Batu 22, Jalan Mersing, 86700 Kahang, Kluang, Johor
 Tel : , Faks : [fax]
e-mel : sjkckb22@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | KATA ALU-ALUAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | JEMAAH PENGURUS | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | BERITA TERKINI | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI / MISI / MOTO | BIDANG AKADEMIK | HAL EHWAL MURID | AKEDEMIK | CARTA ORGANISASI KURIKULUM | FOTO AKTIVITI SEKOLAH 2010 |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(CHEONG MOY FONG)


Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga murid-murid dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, saya yakin bahawa Johor Top 5 BUKAN impian


sekian terima kasih....


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: